Saturday 21 September 2013

PEREMPUAN GEDIK TU MACAM NI

Perempuan gedik, macam mana perempuan gedik?, gadis gedik-gedik. Itulah tiga keyword antara belasan keyword yang datang ke blog aku sejak kebelakangan ini. Tidak kira apa pun, ianya tetap mengenai gedik. Agak menarik untuk membincangkan perkara ini sebenarnya, tatkala aku tengah kekeringan idea. Mungkin ada dikalangan pembaca yang ingin mengetahui bagaimana hendak mengenali seseorang yang gedik.   Jadi aku akan berikan, berikut adalah ciri-cirinya hasil pemerhatian dan pendapat aku.

Sebelum apa-apa, suka aku ingatkan bahawa apa yang aku tuliskan ini hanyalah pendapat peribadi dan untuk renungan bersama. Tiada niat untuk aku menyinggung perasaan sesiapa terutamanya awek-awek gedik yang mungkin terbaca tulisan aku ini. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

ANDA SEORANG YANG GEDIK BILA
1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, secara automatik anda berfikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasaan adalah simptom-simptom awal penyakit gedik sebelum ianya membarah.

2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya mengikut pengamatan aku, biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga walaupun yang tak cun pun ramai. Tapi perlu diingat, cun dan cun gila juga mempunyai takrifan atau makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Tiada makna kalau cun tapi perangai entah apa-apa. (Aku rasa ayat ni macam tunggang-langgang)

3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited apabila berada berhampiran sekumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perhatikan anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.

4. Mengada-ngada. Umum mengetahui yang ini merupakan trademark orang gedik.  Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki, suara akan tiba-tiba jadi merengek-rengek bila dengan lelaki. Samaada dibuat atau semulajadi, aku tidak pasti. Sebagai tambahan, suka minta itu minta ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nak demand perhatian.

*Kalau bini merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum.

5. Anda rasa semua lelaki minat pada anda. Anda suka ‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikanya. Anda buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwanglah, anda ajak keluar makanlah, keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat tak layan, anda akan kata pula “Alah, dia cover tu. Aku tahu sebenarnya dia minat kat aku”.

6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau video-cam. Tidak kira samaada ianya DSLR atau apa jua sekalipun, bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk membuat pelbagai aksi dan ber-posingyang over seperti buat side posing, menonggekan bontot, gigit-gigit jari dan sebagainya. Pada tahun 2007 kalau tak silap aku ada satu video klip bertajuk MMU Ada Apa Dengan Gedik, pernah tengok? Precisely my point.

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri diatas, terutamanya nombor 3,4 dan 5. Maka mungkin anda patut mendapatkan nasihat daripada pakar untuk rawatan selanjutnya sebelum penyakit ini menjadi kronik. Jika anda masih belum jelas tentang apa itu gedik, anda bolehlah cuba menonton rakaman rancanganMalaysia Most Beautiful di youtube atau mana-mana laman untuk mendapatkan gambaran am. Itu pun kalau adalah. Rancangan realiti tv tu memang penuh dengan perempuan-perempuan gedik. Akhir kata,

TIADA GEDIK-GEDIK LEPAS NI

No comments:

Post a Comment