Saturday, 21 September 2013

Tafsian Aku Tentang Perempuan Gedik

Kewujudan Perempuan Gedik semakin berkurang dengan selarasnya pendedahan tentang golongan perempuan sebegini. Sebenarnya, dalam setiap diri perempuan ada sifat gedik, cuma ia di lampiaskan dengan waktu-waktu tertentu. Namun secara kasar, masih ada perempuan gedik di luar sana.

Gedik merujuk kepada sesuatu sifat yang buat rasa menyampah. Dalam Kamus Meleisiana menyebut ; An attitude of over-reacting, over-confident, over-load and 'game over' which causely damage stereotype.

Mengenali perempuan gedik di alaf baru semakin sukar kerana ramai perempuan sudah berhati-hati agar tidak terjebak dan di cap perempuan gedik. Namun, berdasarkan kajian intensif oleh pakarSchool Of Love Maldives, perempuan gedik boleh di kesan dengan melihat gaya percakapan mereka.


Contoh stereotype melalui kajian pakar

1. Seorang lelaki berjumpa dengan seorang perempuan yang sudah lama tidak berjumpa.

"Hai Fatekah, kau apa khabar?"

Jawapan perempuan gedik ;

"Hai, aku baik, kau rindu kat aku ke?"

Analisis : Perbualan pertama yang di dahului persoalan kepada lelaki sama ada rindu atau tidak hanya layak di gunapakai jika perempuan itu bekas teman wanita, kawan karib. Jika tidak, nyata itu perempuan gedik.

2. Seorang lelaki memuji seorang wanita megenai penampilannya.

"Wah Mimi, lawa kau hari ini?"

Jawapan perempuan gedik ;

"Eh, aku memang lawa pun, kau baru tahu ke?"

Analisis : Hanya teman wanita sahaja yang layak berkata sebegitu. Selain dari itu, sila berikan pelempang.

3. Sekumpulan lelaki mengajak sekumpulan wanita untuk keluar makan beramai-ramai.

"Weh korang, jom makan lah kat Nasi Lemak Depan Kubur tu"

Jawab salah seorang dari perempuan gedik ;

"Tak nak lah, panas, cair make-up. Berpeluh lagi. Blah blah, heels calar, blah blah.. jom kita pergi TGI Fridays nak?"

Analisis : Tak dinafikan, itu lah gaya percakapan perempuan gedik. Sila delete dengan segera akaun Facebook perempuan sebegitu.

Kelebihan dan Kekurangan Bercinta Dengan Perempuan Gedik.

Kelebihan

1. Majoriti banyak yang lawa dan howt.
Kelebihan inilah yang membuatkan mata lelaki menjadi kelabu. Memandang luaran mereka memang mengasyikkan. Gaya mereka adakalanya seperti Emma Watson mengenakan skinny jeans. Lagak kecantikkan mereka menyebabkan jika anda dapat bercinta dengan mereka, anda seolah mendapat bonus 13 bulan Bank Rakyat. Mereka cantik, sebab itu mereka berani mengatakan kecantikkan mereka kepada umum.

2. Berkarisma
Mencari perempuan yang serba karisma dengan memandu Honda CRV? Ini lah golongannya. Boleh di katakan 4 dari 6 perempuan gedik amat berkarisma dalam kerjaya dan populariti. Mereka sentiasa berpeluang cerah dalam pelbagai bidang. Justeru, percintaan dengan mereka membuatkan para lelaki lebih bermotivasi untuk terus mengekalkan status dan reputasi.

3. Setia Yang Mendalam
Melalui rujukan dalam buku cinta popular 'Kerana Sayang, Jangan Segalanya' karya Mohamad Affendi Supian. 80 peratus watak antagonis dalam novel-novel realiti berkisar percintaan adalah dari golongan perempuan gedik. Hasil dari rujukan tersebut, dapat di lihat bagaimana perempuan gedik sebenarnya seorang yang setia dalam bercinta dan sanggup melakukan apa sahaja demi pasangan mereka. Jadi, lelaki mana yang tak suka teman wanita yang setia? Oh, lelaki loser? Mungkin.

4. Cermat
Ini merupakan sikap yang selalu ada pada perempuan gedik. Sikap cermat mereka ini di rujuk kepada sikap cerewet hasil sikap karisma yang di bincangkan sebelum ini. Perempuan gedik kalau sudah bersikap cermat, sudu berminyak sedikit dah komplen ngok-ngek-ngok-ngek. Tak hygiene katanya.

Keburukkan

1. Annoying
Tak usah berlengah. Kalau tak tahan dengan annoying perempuan gedik. Cepat-cepat lah buat surat wasiat. Surat saman mahupun surat confession that I hate you. Annoying sedikit, memang boleh bersabar, tapi kalau annoying menggila seperti merajuk mengada-ngada tak dapat ice-cream sundae. Jangan segan untuk bagi penerajang sedas dua.

2. Sakit hati dan pedih
Bercinta dengan perempuan gedik yang kerap-kali menjadi masalah ialah mereka mempunyai ayat-ayat sound yang bisa. Tak lah sehebat mulut laser dari perempuan show-off. Namun, makan dalam jugak lah. Lagi-lagi di tambah ayat gedik yang cukup buat lelaki tak tidur malam peluk bantal, geram kenapa ada girlfriend selancau macam ini.

3. Kuat komplen.
Selaras dengan sikap cermat, ia memberikan faktor kuat komplen bila cermatnya melebih-lebih membawak kepada benda yang remeh temeh. Tahan saja lah bila kena komplen, pernah terjadi kes di mana seorang perempuan gedik komplen mengenai teman lelakinya yang panjang bulu ketiaknya. Lalu, mereka bertengkar dan membawa kepada pergaduhan besar.

4. Risiko Tak Kekal Lama.
Setiap lelaki cuma ada 3 kali had menahan kesabaran. Ini merupakan fakta yang benar jika di tanya pada mana-mana lelaki. Bayangkan jika seorang perempuan gedik membangkitkan percakapan annoying yang sama melebihi 3 kali dalam sehari. Jangan ambil risiko, memang tak membawa penyakit AIDS, namun sifat annoying memang cari penyakit dan sakit telinga mendengarkannya. Kan? Apa guna lagi percintaan yang kekal jika terus gedik dan annoying?

Perbincangan dan Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan ringkas di atas, teori perempuan gedik bukanlah untuk mendiskriminasikan sesuatu stereotype apatah lagi untuk merendah-rendahkan martabat perempuan. Teori perempuan gedik lebih berkisar kepada perilaku khas wanita dalam menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan. Kajian dan tafsiran terhadap perempuan gedik perlu di pertingkatkan lagi supaya dapat mengetengahkan semaksimum mungkin dalam misi lelaki mencari ciri-ciri wanita solehah. 

Akhir kata, sarcastic cinta beb, jangan emo dah le.

PEREMPUAN GEDIK TU MACAM NI

Perempuan gedik, macam mana perempuan gedik?, gadis gedik-gedik. Itulah tiga keyword antara belasan keyword yang datang ke blog aku sejak kebelakangan ini. Tidak kira apa pun, ianya tetap mengenai gedik. Agak menarik untuk membincangkan perkara ini sebenarnya, tatkala aku tengah kekeringan idea. Mungkin ada dikalangan pembaca yang ingin mengetahui bagaimana hendak mengenali seseorang yang gedik.   Jadi aku akan berikan, berikut adalah ciri-cirinya hasil pemerhatian dan pendapat aku.

Sebelum apa-apa, suka aku ingatkan bahawa apa yang aku tuliskan ini hanyalah pendapat peribadi dan untuk renungan bersama. Tiada niat untuk aku menyinggung perasaan sesiapa terutamanya awek-awek gedik yang mungkin terbaca tulisan aku ini. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

ANDA SEORANG YANG GEDIK BILA
1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, secara automatik anda berfikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasaan adalah simptom-simptom awal penyakit gedik sebelum ianya membarah.

2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya mengikut pengamatan aku, biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga walaupun yang tak cun pun ramai. Tapi perlu diingat, cun dan cun gila juga mempunyai takrifan atau makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Tiada makna kalau cun tapi perangai entah apa-apa. (Aku rasa ayat ni macam tunggang-langgang)

3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited apabila berada berhampiran sekumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perhatikan anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.

4. Mengada-ngada. Umum mengetahui yang ini merupakan trademark orang gedik.  Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki, suara akan tiba-tiba jadi merengek-rengek bila dengan lelaki. Samaada dibuat atau semulajadi, aku tidak pasti. Sebagai tambahan, suka minta itu minta ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nak demand perhatian.

*Kalau bini merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum.

5. Anda rasa semua lelaki minat pada anda. Anda suka ‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikanya. Anda buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwanglah, anda ajak keluar makanlah, keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat tak layan, anda akan kata pula “Alah, dia cover tu. Aku tahu sebenarnya dia minat kat aku”.

6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau video-cam. Tidak kira samaada ianya DSLR atau apa jua sekalipun, bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk membuat pelbagai aksi dan ber-posingyang over seperti buat side posing, menonggekan bontot, gigit-gigit jari dan sebagainya. Pada tahun 2007 kalau tak silap aku ada satu video klip bertajuk MMU Ada Apa Dengan Gedik, pernah tengok? Precisely my point.

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri diatas, terutamanya nombor 3,4 dan 5. Maka mungkin anda patut mendapatkan nasihat daripada pakar untuk rawatan selanjutnya sebelum penyakit ini menjadi kronik. Jika anda masih belum jelas tentang apa itu gedik, anda bolehlah cuba menonton rakaman rancanganMalaysia Most Beautiful di youtube atau mana-mana laman untuk mendapatkan gambaran am. Itu pun kalau adalah. Rancangan realiti tv tu memang penuh dengan perempuan-perempuan gedik. Akhir kata,

TIADA GEDIK-GEDIK LEPAS NI

6 Ciri Lelaki Yang Mampu Memikat Hati Wanita



Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya,


1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.
2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.
3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension.
4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.
6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

10 Ayat Jenaka Sepanjang Zaman dari Sami Vellu..!!!

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Yang paling kelakar di dunia sepanjang abad ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

37 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu




  • Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  • Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  • Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  • Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  • Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  • Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  • Lelaki juga akan menangis.
  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  • Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  • Lelaki amat sayang ibu mereka.
  • Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  • Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  • Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  • Lelaki lebih banyak berfikir.
  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  • Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  • Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  • Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  • Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.


  • Info Tentang Tidur



    1. Perkara yang berlaku ketika tidur: Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
    2. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
    bayi: 16 jam
    3-18 tahun: 10 jam
    19-55: 8 jam
    lebih 55: 6 jam
    3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
    4. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
    5. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti Memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak, dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.
    6. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.
    7. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.
    8. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:
    a. Bayi: seorang yang kasar tetapi hati yang sentiasa terbuka.
    b. kayu balak: suka bersosial
    c. Mengiring biasa: suka berpura-pura untuk nampak seperti boleh diharapkan
    d. Baring menegak: Boleh dijadikan tempat mengadu
    e. Meniarap: menghiburkan
    f. Starfish: pendengar terbaik
    9. 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan
    10. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur. dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.
    11. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
    12. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
    13. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
    14. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.
    15. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.

    Fakta Menarik Tentang Manusia





    1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda dari lelaki.
    2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang. 
    3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
    4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah dari kulit mati anda.
    5. Seorang bayi lahir tanpa temputung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika berusia 2-6 tahun.
    6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
    7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 gelen air liur sepanjang hidup mereka.
    8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
    9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda berat otak.
    10. Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran akan semakin terjejas.
    11. Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295 kali ketika makan malam.
    12. Air kencing akan berwarna kuning cerah jika banyak memakan ulam-ulaman.
    13. Purata bayi yang akan lahir kedunia adalah selang 7 saat.
    14. Seseorang dianggar bernafas 10 juta kali setahun.
    15. Tubuh manusia lebih sesuai tidur 4 jam 2 kali sehari berbanding tidur 8jam sehari.