Friday 20 September 2013

Mengkaji Tentang TWEETFAMOUS Dan Psikologi manusia Dalam Twitter

1. Satu pagi, ketika aku sedang menikmati teh Earl Grey tanpa gula sambil menikmati udara nipis di Pandan Indah, aku melihat di Twitter ada beberapa insiden yang boleh buat aku facepalm; a) seorang gadis fanatik K-Pop dari Planet Matoki bertindak mematahkan kad pengenalannya kerana rakyat Malaysia enggan menerima K-Pop sebagai budaya baru pasca moden, b) seorang gadis yang memaki ayahnya dalam Twitter, c) seorang gadis yang merembat gambar sperma di tangan dalam laman web berbahasa Sepanyol lalu mengaku sperma itu adalah sperma dari kekasihnya ketika sedang bersenggama.
2. Noktah sebentar.
3. Aku berfikir, sejauh mana masyarakat pasca moden hari ini, sudah terlalu sangap untuk mendapat perhatian di dalam Twitter untuk dikenali di dalam timeline.
4. Lalu aku terfikir, apabila aku dan housemate aku membincangkan tentang definisi “tweetfamous”, aku memikirkan apa itu definisi “tweetfamous" ni.
5. Definisi yang paling tepat, so far - ialah followernya beribu-ribu, ramai pengikut, serta mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam Twitter.
6. Dalam erti kata saintifik, “the alphas of the Tweetsocials”.
7. Untuk menjadi alpha dalam Twitter, anda memerlukan pengaruh yang cukup tinggi dalam Twittersphere Twitter, dan setiap “sabda” anda di dalam Twitter akan di RT, dan setiap kali perjumpaan Twitter (twtup) anda akan dicari-cari dan menjadifront face dalam golongan Twitter.
8. Seperti di sekolah menengah, ada jock, ada queen bee, ada bully dan ada nerd. Ada juga golongan tak ambik pot macam aku. Anti sosial kata orang.
9. Jadi Twitter itu sendiri sudah menjadi ‘masyarakat’ dalam maya - dimana akan ada mereka yang menjadi jock dan queen bee, dan ada tukang membuli yang akan dibuli di dalam Twitter.
10. Pendek kata, this is the National Geographic of Cyberworld, bila pemangsa dan mangsa akan beraksi sambil raja rimba memerintah alam rimba, memerhatikan pengikut-pengikutnya.
11. So, sudah ada persaingan secara evolusi dalam Twitter itu sendiri. Mahu mendapat perhatian paling ramai.
12. Maka beramai-ramai mahu menjadi tweetfamous - seperti ahli politik berlumba-lumba mahu jadi Perdana Menteri.
13. Jadi, keghairahan mengejar populariti dan followers ini semakin hari semakin memualkan - seperti binatang yang terdesak mencari mangsa dan membaham dengan rakus membaham haiwan mangsa yang lain.
14. Dan keghairahan orang ramai untuk mengejar populariti di dalam Twitter cukup memualkan.
15. Keghairahan ini boleh dilihat dengan Twittersphere ini di twtup - masing-masing mahu menunjukkan pengaruh dengan menambahkan followers.
16. Dan ada yang menggunakan pengaruh sebagai stepping stone untuk mendapatkan sesuatu, who knows.
17. Keghairahan mendapatkan pengaruh ini menyebabkan ramai orang terkejar-kejar sampai sanggup lakukan apa sahaja.
18. Sesetengah orang berjaya, sesetengah lagi gagal - seperti si makhluk dari Planet Matoki.
19. Ada perempuan sanggup meninggalkan kekasihnya untuk mendapatkan pengaruh yang lebih luas dalam Twitter, yang mengetuai atau menjadi ahli penting ‘clan’ dalam satu kumpulan Twitter yang luas.
20. Dan sebab itu, saya tidak akan mahu ke twtup. Dan sebab itu saya tidak mahu tonjolkan avatar muka saya. Dan sebab itu, saya merasakan adalah patut untuk saya stay anonymous.
21. Bak kata seorang ahli twitter(dia telah pon meninggal dunia), “I rather have a small followers on my Twitter which become my friends, than a huge followers that backstabs you.”
22. Berapa ramai kawan sejati anda di dalam followers anda?
23. Dan berapa ramai pula yang betul-betul mahu berkawan dengan anda?
24. Dan Demi Masa, berapa lama Twitter ini akan dapat bertahan?
25. Kan bagus kalau “followers” saya bukan sekadar “followers”, tetapi sahabat karib saya, persoalannya, berapa ramai?
p/s: Saya definitely bukan tweetfamous.
-akan bersambung jika ada mood untuk disambung-

No comments:

Post a Comment